Akademi Jurugambar & Juruvideo Profesional

Professional Photographer & Videographer Academy Since 2007

| Utama | Latar Belakang | Foto APV | Testimoni | Pertandingan | Sebalik Tabir | Hubungi Kami | Terma Dan Syarat | Eddie PhotoVideo |
 
Akademi PhotoVideo (001940127-U) juga telah didaftarkan dibawah syarikat CMC Tech Resources (001473564-K) dan dibawah Kementerian Kewangan Malaysia serta Kontraktor Bumiputera (357-02141084). Akademi PhotoVideo ditubuhkan pada tahun 2007 dan mengambil masa 6 bulan penyelidikan.
 
* Kami akan mengumumkan tarikh kursus akan datang di website ini. Sekiranya anda minat untuk mengikuti kursus akan datang anda boleh emailkan kepada kami tajuk "kursus fotografi" berserta nama dan no telefon. Kami akan menghubungi anda setelah mendapat tarikh yang bersesuaian.
 
emailkan ke
 
info@akademiphotovideo.com
 
Tajuk : Akademi PhotoVideo
 
Sekiranya terdapat sebarang masalah sila hubungi saya di
 
HP : 013-3913102
YM : cmctech2004
SKYPE : eddiephotovideo
FB : eddie photovideo
 
 
Sukatan Pembelajaran
 
Kami menekankan secara terperinci setiap topik yang diajar sambil anda mengaplikasikan apa yang diajar secara terus pada kamera bagi setiap subjek. Ianya tidak diajar didalam mana-mana buku ataupun didalam forum mahupun di internet.
 
Kursus Asas Fotografi + Lanjutan
 
Isi kandungan pembelajaran secara keseluruhannya merangkumi :
 
Kamera
 
1. Komposisi Asas
2. Penggunaan ISO
3. Eksposure "dedahan"
4. Aparture
5. Kelajuan Shutter
6. Jenis Dedahan
7. Metering.
8. Fokus dan mode fokus
9. White Balance
10. Warna
 
Lensa
 
1.Focal Length
2.Jenis-jenis Lensa
3.Penapis
4.Fokus
 
Fakta Penting Semasa Mengambil Gambar
 
1.Mengawal komposisi
2. Deep Of Field
3. Perspective
4. Mengawal Exposure
5. Cahaya
6. Seni Lihat
7. Sudut Pandangan
8. Rule Of Third
9. Sunny 16
10. Panning
11. Kualiti imej (RAW, Jpeg)
12. Pengunaan cahaya (flash,
     reflector, natural light)
   
- Potrait Fotografi
- Fotografi Sukan 
- Kandid
- Photojournalism
- Indoor dan outdoor
- Protokol dan adat
- Teknik mengambil
  gambar koprat,
  berkumpulan, aksi, VVIP
  serta Sultan/Raja.
- Apa yang perlu dan tidak 
  perlu anda lakukan
 -Komunikasi dengan  
  pelanggan atau "public
  relation"
- Asah mata
- Bagaimana nak
  memulakan kerjaya sbg
  jurugambar
- Harga anda
 
Latihan amali :
 
Photojournalism, sunny 16,  potrait, scenery, panning, light trail, light painting, night shot, slow and high speed, macro dan pelbagai.
 
Teknik Eddie PhotoVideo dimana para peserta akan diajar sama seperti team Eddie PhotoVideo melakukan latihan sebelum ianya diserapkan sebagai jurugambar EPV. Kesemua team EPV dicungkil bakatnya semasa di dalam kelas APV. Anda akan diajar bagaimana mengayakan model untuk menampakkan gambar lebih hidup, semulajadi, seni, terperinci dan kandid “Lively, natural, candid, artistic and detailed”

Dan pelbagai topik yang hangat diperkatan
 
         Kami meminta setiap peserta dapat memberikan 5 keping gambar bercetak bersaiz 5R sebelum bermulanya kelas supaya kami dapat melihat gambar yang diambil sebelum dan selepas kursus.


Pendaftaran bermula pada waktu pagi dan seterusnya sesi teori berserta praktikal dan foto kritik sehinggalah ke tengah malam.Anda akan didedahkan kepada photojournalism, potrait, scenery, panning, light trail, light painting, sunny 16, macro dan pelbagai. Kesemua peserta di sediakan kemudahan yang selesa bagi membolehkan anda belajar dengan tenang. Penghinapan disediakan diatas permintaan.
 
      Keesokan pagi selepas sarapan para peserta akan didedahkan latihan mengambil gambar portrait, scenery serta mempelajari mengenai sudut, asah mata dan, soal jawab. Selepas makan tengahari  para peserta hendaklah memilih gambar terbaik yang diambil sepanjang tugasan dan praktikal dan dibentangkan serta mengulas setiap gambar yang diambil.Soal jawab dan photo kritik juga akan dilakukan. kemudian tugasan malam kedua akan diteruskan sehingga jam 11malam.
 
      Keesokannya pada hari ketiga, kursus lanjutan dimana selepas sarapan tugasan terakhir akan diberikan tetapi secara berkumpulan. Selepas makan tengahari anda akan diajar teknik panning. Kemudian pembentangan atau ulasan gambar akan dilakukan sehinggalah anda diajar pengunaan speedlight dan flash. Topik terakhir iaitu gambar koprat dan graduation akan dilakukan sebelum tamat. Jadual yang padat sehingga 3 hari 3 malam memberikan anda bermesra dengan kamera anda sepenuh masa sehinggalah anda dapat mengendalikannya dengan mudah.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Latar Belakang
 
Eddie semasa di Bali, Indonesia Oktober 2008
 
Akademi PhotoVideo telah ditubuhkan pada tahun 2007 dan telah didaftarkan dengan no pendaftaran 001940127-U. Syarikat di bawah Kementerian Kewangan Malaysia serta Kontraktor Bumiputera (357-02141084) di atas nama CMC Tech Resources (001473564-K)
 
Zulraidi Affendi Bin Haji Satar ataupun lebih dikenali sebagai Eddie adalah pengasas Akademi PhotoVideo dan Eddie PhotoVideo. Beliau adalah seorang jurugambar / juruvideo yang tersohor dan mempunyai nama sebagai jurugambar profesional di Malaysia malah di negara jiran. Beliau mempunyai pengalaman di dalam bidang fotografi dan videografi lebih daripada 20 tahun. Beliau mula berjinak dengan kamera semenjak berumur 10 tahun dan video kamera semenjak berumur 15 tahun.
 
Beliau adalah lulusan daripada Manchester University, United Kingdom didalam jurusan sarjana muda kejuruteraan elektrik dan elektronik pada tahun 1998 dan MBA. Semasa beliau di luar negara semangat dan kegairahan didalam bidang jurugambar dan juruvideo telah mendorong beliau untuk melakukan pelbagai aktiviti terutamanya semasa Eropah. Diantaranya menjadi jurugambar bagi sambutan hari raya di MSC di Manchester, salam perantaun, sampaikan salam TV3 dan KMUK (Kesatuan Melayu United Kingdom) untuk Europe Tour dan sekarang ini dikenali sebagai Kelana Konvoi.
 
Perlancongan dan pengembaraan adalah minat beliau dan beliau sudah 2 kali mengelilingi benua eropah bermula dari Scotland, Wales, England, France, Belgium, Holland, Germany, Italy, Austria, Luxembourg, Switzerland dan Ireland. Ketika mengunjugi negara tersebut beliau banyak menghabiskan masa dengan merakamkan gambar pada setiap lokasi negara yang dikunjungi.
 
Eddie semasa di United Kingdom dan Eropah 1996 hingga 1998
 
Semasa pulang ke Malaysia, Eddie bekerja sebagai jurutera selama 6 tahun dimana jawatan terakhir beliau adalah sebagai pengurus teknikal "Technical Manager" bersama anak syarikat TMNet. Beliau sekali lagi telah meninggalkan Malaysia ke Auckland, New Zealand untuk mengembara sambil bekerja. Pada masa yang sama beliau mengambil kursus singkat fotografi sambil membuat perniagaan fotografi dan videografi ketika berada disana. Eddie telah diberikan kepercayaan bagi melaksanakan tugas fotografi dan videografi bagi Mesra Homestay di Auckland. Beliau telah menjejakkan kaki hampir 70% bumi di New Zealand termasuklah pulau utara dan selatan. Dengan menggunakan kepakaran yang ada Eddie telah merakamkan beberapa keping gambar dan video semasa mengembara di New Zealand. Kini beliau mempunyai pengalaman yang luas didalam dan di luar negara.
 
Eddie semasa di New Zealand April-Oktober 2004
 
Tidak dapat dinafikan kekuatan yang tinggi yang ada pada Eddie didalam bidang fotografi dan videografi telah mendorong beliau membuka perniagaan setelah pulang ke Malaysia pada November 2004 dengan menggunakan nama Eddie PhotoVideo. Dengan penuh keazaman, kesabaran untuk membawa kelainan didalam bidang fotografi iaitu mengikut cara sendiri akhirnya Eddie berjaya melaksanakan cita-citanya sehinggalah sekarang. Gambar beliau banyak menggunakan teknik dari negara barat yang jarang di lakukan oleh jurugambar tempatan. Dengan berjayanya Eddie PhotoVideo sehingga ke negara jiran, beliau telah menubuhkan Akademi PhotoVideo sejak tahun 2007 khas untuk para peminat fotografi, videografi, pereka "design" yang dahagakan ilmu bagi mendapatkan tips, selok belok dunia fotografi. Beliau mengambil masa selama 6 bulan membuat penyelidikan sebelum kelas pertama beliau diadakan pada bulan Febuari 2008.
 
Eddie semasa di Australia iaitu di Akademi PhotoVideo 11 Australia, 10hb-18hb April 2009
 
Eddie semasa di Korea Selatan iaitu di Akademi PhotoVideo 12 Korea Selatan 7hb-13b April 2009
 
Eddie semasa di Borneo iaitu di Akademi PhotoVideo 13 Borneo 17hb-27hb April 2009
 
Eddie semasa di Amerika Syarikat iaitu di Akademi PhotoVideo 32 USA 1hb-20hb July 2010
 
Eddie semasa di Canada iaitu di Akademi PhotoVideo 33 Canada 21hb July-5hb August 2010
 
Bukan mudah untuk berjaya tetapi beliau bersyukur dimana dengan tidak sampai setahun Eddie PhotoVideo telah berjaya mencuit hati para pelanggan beliau sehingga ke negara jiran. Kini beliau tidak mudah tangan kerana pada setiap bulan penuh ditempah oleh para pelanggan termasuklah perkahwinan, koprat, jabatan kerajaan, swasta, "private function" dan pelbagai. Beliau juga mendapat tempahan dari istana, dimana ianya adalah satu pengalaman yang amat berharga. Malah pusat pembelajaran beliau iaitu Akademi PhotoVideo yang baru dibuka tidak sampai setahun telah mendapat perhatian kepada peminat jurugambar, juruvideo, pereka, badan kerajaan, kolej dan syarikat swasta bagi menganjurkan kursus fotografi. Beliau juga telah dijemput khas bagi menganjurkan kursus fotografi keluar negara iaitu di Australia, Korea Selatan, Indonesia, Borneo, Amerika Syarikat dan Canada. Beliau merupakan anak Malaysia pertama menganjurkan kursus fotografi keluar negara.
 
                      (1)                                                        (2)                                                                 (3)
 
1) Eddie semasa di dalam istana hinggap Seremban sejurus selepas merakamkan gambar DYMM Yang Di Pertua Negeri Sembilan Tuanku Jaafar dan Tuanku Najihah.
 
2)Eddie bersama DYMM Sutan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah semasa majlis lawatan baginda ke hospital Sultanah Hajjah Kalsom.
 
3)Eddie bersama wartawan sempena majlis perasmian "International Biomedic Conference di Golden Horses Hotel" yang dirasmikan oleh bekas PM Tun Abdullah Ahmad Badawi.
 
Eddie telah meletakan namanya sebaris dengan jurugambar terkemuka di rantau Asia dimana pengalaman dan hasil gambarnya telah berada di dalam majalah termasuklah di negara Belanda, majalah ratu sehari, majalah pengantin, majalah nona, majalah wanita, akhbar utusan Malaysia, berita harian dan media elektronik.
 
Oleh kerana beliau memandang ramai bakat-bakat baru yang berkebolehan dan perlu dicungkil, beliau telah membuka Akademi PhotoVideo kepada semua lapisan masyarakat termasuklah dari negara luar. Kini hampir 3 tahun Akademi PhotoVideo ditubuhkan dan lebih dari 600 peserta telah mendapatkan tips dan ilmu dari beliau. Motto beliau ialah "Gambar Yang Hidup, Semulajadi, Kandid, Nilai Seni Dan Terperinci" telah memberikan pelbagai maksud didalam sesuatu gambar diambil.
   
 
 

 
Belajar Fotografi, Kursus Jurugambar, Seminar Fotografi, Sekolah Fotografi, Kursus Fotografi, Bengkel Jurugambar, Bengkel Fotografi, Kelas Jurugambar, Kelas fotografi, Photography Course, Photo School, Photography Class, Photography Workshop