Akademi Jurugambar & Juruvideo Profesional

Professional Photographer & Videographer Academy Since 2007

| Utama | Latar Belakang | Foto APV | Testimoni | Pertandingan | Sebalik Tabir | Hubungi Kami | Terma Dan Syarat | Eddie PhotoVideo |
 
Akademi PhotoVideo (001940127-U) juga telah didaftarkan dibawah syarikat CMC Tech Resources (001473564-K) dan dibawah Kementerian Kewangan Malaysia serta Kontraktor Bumiputera (357-02141084). Akademi PhotoVideo ditubuhkan pada tahun 2007 dan mengambil masa 6 bulan penyelidikan.
 
* Kami akan mengumumkan tarikh kursus akan datang di website ini. Sekiranya anda minat untuk mengikuti kursus akan datang anda boleh emailkan kepada kami tajuk "kursus fotografi" berserta nama dan no telefon. Kami akan menghubungi anda setelah mendapat tarikh yang bersesuaian.
 
emailkan ke
 
info@akademiphotovideo.com
 
Tajuk : Akademi PhotoVideo
 
Sekiranya terdapat sebarang masalah sila hubungi saya di
 
HP : 013-3913102
YM : cmctech2004
SKYPE : eddiephotovideo
FB : eddie photovideo
 
 
Sukatan Pembelajaran
 
Kami menekankan secara terperinci setiap topik yang diajar sambil anda mengaplikasikan apa yang diajar secara terus pada kamera bagi setiap subjek. Ianya tidak diajar didalam mana-mana buku ataupun didalam forum mahupun di internet.
 
Kursus Asas Fotografi + Lanjutan
 
Isi kandungan pembelajaran secara keseluruhannya merangkumi :
 
Kamera
 
1. Komposisi Asas
2. Penggunaan ISO
3. Eksposure "dedahan"
4. Aparture
5. Kelajuan Shutter
6. Jenis Dedahan
7. Metering.
8. Fokus dan mode fokus
9. White Balance
10. Warna
 
Lensa
 
1.Focal Length
2.Jenis-jenis Lensa
3.Penapis
4.Fokus
 
Fakta Penting Semasa Mengambil Gambar
 
1.Mengawal komposisi
2. Deep Of Field
3. Perspective
4. Mengawal Exposure
5. Cahaya
6. Seni Lihat
7. Sudut Pandangan
8. Rule Of Third
9. Sunny 16
10. Panning
11. Kualiti imej (RAW, Jpeg)
12. Pengunaan cahaya (flash,
     reflector, natural light)
   
- Potrait Fotografi
- Fotografi Sukan 
- Kandid
- Photojournalism
- Indoor dan outdoor
- Protokol dan adat
- Teknik mengambil
  gambar koprat,
  berkumpulan, aksi, VVIP
  serta Sultan/Raja.
- Apa yang perlu dan tidak 
  perlu anda lakukan
 -Komunikasi dengan  
  pelanggan atau "public
  relation"
- Asah mata
- Bagaimana nak
  memulakan kerjaya sbg
  jurugambar
- Harga anda
 
Latihan amali :
 
Photojournalism, sunny 16,  potrait, scenery, panning, light trail, light painting, night shot, slow and high speed, macro dan pelbagai.
 
Teknik Eddie PhotoVideo dimana para peserta akan diajar sama seperti team Eddie PhotoVideo melakukan latihan sebelum ianya diserapkan sebagai jurugambar EPV. Kesemua team EPV dicungkil bakatnya semasa di dalam kelas APV. Anda akan diajar bagaimana mengayakan model untuk menampakkan gambar lebih hidup, semulajadi, seni, terperinci dan kandid “Lively, natural, candid, artistic and detailed”

Dan pelbagai topik yang hangat diperkatan
 
         Kami meminta setiap peserta dapat memberikan 5 keping gambar bercetak bersaiz 5R sebelum bermulanya kelas supaya kami dapat melihat gambar yang diambil sebelum dan selepas kursus.


Pendaftaran bermula pada waktu pagi dan seterusnya sesi teori berserta praktikal dan foto kritik sehinggalah ke tengah malam.Anda akan didedahkan kepada photojournalism, potrait, scenery, panning, light trail, light painting, sunny 16, macro dan pelbagai. Kesemua peserta di sediakan kemudahan yang selesa bagi membolehkan anda belajar dengan tenang. Penghinapan disediakan diatas permintaan.
 
      Keesokan pagi selepas sarapan para peserta akan didedahkan latihan mengambil gambar portrait, scenery serta mempelajari mengenai sudut, asah mata dan, soal jawab. Selepas makan tengahari  para peserta hendaklah memilih gambar terbaik yang diambil sepanjang tugasan dan praktikal dan dibentangkan serta mengulas setiap gambar yang diambil.Soal jawab dan photo kritik juga akan dilakukan. kemudian tugasan malam kedua akan diteruskan sehingga jam 11malam.
 
      Keesokannya pada hari ketiga, kursus lanjutan dimana selepas sarapan tugasan terakhir akan diberikan tetapi secara berkumpulan. Selepas makan tengahari anda akan diajar teknik panning. Kemudian pembentangan atau ulasan gambar akan dilakukan sehinggalah anda diajar pengunaan speedlight dan flash. Topik terakhir iaitu gambar koprat dan graduation akan dilakukan sebelum tamat. Jadual yang padat sehingga 3 hari 3 malam memberikan anda bermesra dengan kamera anda sepenuh masa sehinggalah anda dapat mengendalikannya dengan mudah.
 
 
 
 
Testimoni
 
Peserta Kursus Akademi PhotoVideo 19 & 20, Agrotek Garden Resort, Kuala Lumpur pada 17hb-19hb Okt 2009
 
Assalamualaikum w.b.t

Syukur alhamdulilah akhirnye saya tamat menjalani kursus asas photography di agrotek resort hulu langat anjuran eddie photo video.. secara jujurnya saya adalah seorg yang btul2 zero knowledge tentang camera ini.. tidak tahu mengendalikan kamera dengan btul. sebelum mengambil kursus eddie photo video saya hanya mengunakan MODE AUTO sahaja... asalkn gmbr itu ok sudah memadai bg sy....tp kerana semangat yg kuat dan tahu akan kebolehan team eddie photo video saya tanpa ragu2 mendaftar untuk pg ke kelas APV ke 19 ini..

Dan sekarang ini saya lebih rasa lebih yakin dengan kamera sy... sy juga tidak lg mengunakan mode auto tetapi mengunakan MODE MANUAL sepanjang masa tak kira siang atau malam.. dan terbukti mengunakan manual lebih mudah dan gmbr lebih PERFEC... sy juga dapat mahir dlm mengendalikan dslr sy dengan mudah tidak sampai setngah hari dan ini terbukti TEAM EDDIE PHOTO VIDEO mengajar dan memberi tunjuk ajar yang amat mudah difahami oleh semua...

Di kelas eddie juga kami dapat belajar bagai mana mengambil gmbar malam dengan mengunakan flash dan tanpa flash... walaupun jadual yg padat tp kami enjoy dengan kelas eddie cz semua tenaga pelajar tidak lokek degn ilmu yg mereka ad...

so akhir sekali sy nak ucapkan ribuan terima kasih kepada TEAM EDDIE PHOTO VIDEO kerana memberi ilmu yg berguna kepada kami....

AKADEMI PHOTO VIDEO BEST SEH !!!!!!!

BY : MR.FATTAH@CHEF FATTAH ~JB-SEREMBAN~
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Peserta Kursus Akademi PhotoVideo 16 & 17, Tang Dynasty & Nexus Karambunai Hotel, Kota Kinabalu pada 18hb-20hb Julai 2009
 
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera semua...

Ini adalah kursus yang pertama kali saya ikuti semenjak saya meminati bidang fotografi ini.Terima kasih saya ucapkan kepada Abg Eddie & Crew sebab berjaya mengadakan kursus fotografi yang begitu menyeronokkan dan penuh dengan ilmu yang berguna.Saya rasa memang berbaloi dengan apa yg di bayar dengan ilmu yang saya dapat dalam tempoh kursus ini di adakan.
Terus terang saya cakap,sebelum saya mengikuti Kursus ini saya langsung tidak tahu cara penggunaan M,A,S dan P,kalau nak shoot wedding pun saya hanya menggunakan Menu Auto sahaja.Tetapi alhamdulilah setelah mengikuti kursus ini saya tidak lagi meggunakan menu auto sebaliknya menggunakan Menu manual dan setting yang telah dipelajari sepenuhnya dan hasil gambar pun lebih menarik.
Saya harap Kursus ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan kepada yang belum pernah mengikuti kursus ini saya syorkan anda mencuba kursus ini.Belum cuba belum tau,Sudah cuba jatuh cinta......
Sekian, Terima Kasih...

Ayu,
Tawau,Sabah.
016-4125872
Peserta Kursus Akademi PhotoVideo 14, Brisdale Hotel, Kuala Lumpur pada 23 & 24hb Mei 2009
 
Asalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
 
"FROM zero to something knowledgable". Pengisian yang baik dan menyampaian yang mudah untuk difahami. Seminar 2 hari 1 malam anjuran Eddie photo video (EPV) dan Akademi PhotoVideo (APV), sememangnya seminar yang patut dihadiri oleh mereka yang mahu mencari ilmu dalam bidang seni foto, terutamanya "Digital Single Lens Reflex - DSLR".

Jadual pembelajaran yang padat dengan pelbagai tajuk serta isu yang di sentuh dapat mendedahkan lagi peserta kepada dunia seni foto. Tidak mudah mahu menjadi seorang yang berjaya mahupun nak menguasai fotografi ini. Seseorang perlu kreatif dan bijak ketika hendak mengambil gambar. Banyak subjek dalam gambar akan menjadi lebih menarik sekiranya mereka tahu komposisi, penataan cahaya, kelajuan shutter, dedahan (iso) dan apreture.
 
Kesemua ini akan diajar dalam seminar anjuran Akademi PhotoVideo. Seseorang itu tidak perlu menjadi terlalu genius untuk menyertai seminar ini. Para peserta juga akan didedahkan dengan pengalaman-pengalaman jurugambar professional yang pernah mengambil gambar dalam air mahupun diudara (ketika sesi APV14).

Sebagai peserta saya rasa terpanggil dan bersemangat untuk mempraktikan teori yang dibelajar di kelas ketika sesi praktikal diadakan di Putrajaya dan juga mengambil gambar pasangan model secara "live" di Templer Park. Di sini, kita akan dapat memperlihatkan pemahaman kita mengenai ilmu yang ditimba dihari pertama
 
Disini juga para tenaga pengajar akan memberi komen secara "live" kepada peserta mengenai kekurangan mahupun kesilapan yang kita lakukan. Secara amnya, saudara Eddie serta tenaga pengajar yang lain mempraktikkan pembelajaran secara langsung -- "Hands On Learning". Bukan itu sahaja, kesanggupan pihak APV menyediakan ruangan forum untuk semua ahli atau bekas peserta seminar bertukar-tukar pendapat menjadikan ia lebih menarik dimana tuntutan ilmu fotografi tidak habis di bilik seminar, malahan ilmu itu dapat ditimba secara berterusan.

Disini peserta seminar APV dapat menimba ilmu secara berterusan dengan pelbagai ruangan disediakan seperti komen gambar yang pada pendapat saya dapat membuka luas minda kita mengenai gambar yang diambil.

Disini, gambar yang kita ambil akan dikomen oleh saudara Eddie dan juga otai-otai yang berpengalaman. Kita jangan rasa malu mahupun berkencil hati dengan kritikan mahupun teguran yang diberi. It's a part of learning process. So, jangan rasa ragu-ragu. Jadikan APV sebagai platfom anda untuk menjadi seorang jurugambar yang berjaya samaada untuk diri sendiri mahupun menjadikan ia sebagai kerjaya baru anda.

Semoga berjaya. Insyallah. Wasalam.

~kay a.k.a ikan Billis~
Self employed entrepenuer
Johor Baharu & UK
 
Peserta Kursus Akademi PhotoVideo 13, Kota Kinabalu, Sabah pada 18 & 19hb April 2009
 
Salam buat Pengetua/Pengasas, krew & serta semua warga APV..

TAHNIAH saya ucapkan kepada Eddie serta semua warga APV kerana telah berjaya menganjurkan kursus APV13 Kota Kinabalu dengan begitu suksesssss..

Pembelajaran yang santai membolehkan peserta lebih selesa dalam berinteraksi serta bertanya kepada penceramah tanpa rasa kurang selesa. Kehadiran Peserta dari segenap borneo seperti Sarawak, Indonesia, Brunei termasuk Sabah juga telah menambahkan 'kemeriahan' serta 'networking'. hehehe
1Borneo gitu

Expresi pertama saya selepas kursus ini ialah
"Welcome to the Real World of Photography"... it is more than just knowing the "A" and "S" pada body camera SLR saya ... there's more behind it!! Anda akan tau bila anda bersama APV

Paling best sekali ialah sesi penggambaran model (Mary Jim Bridal) d hutan, pantai & laut di mana peserta berpeluang untuk mengaplikasikan terus teknik2 yg dipelajari disamping teknik efek untuk menghasilkan gambar yg lebih kreatif diajarkan d lokasi penggambaran... woowww bestnyaaa :D

Selain dari sekadar diajar mengambil portraits Wedding, kami juga didedahkan dengan night photography, cara menggayakan model, high speed photography, flash photography, sunset, sunrise, waterfall & banyak belajar mengenai aksesori DSLR serta banyak lagi...pendek kata "macam-macam ada gitu" macam kursus advance la pulak... tapi utk kursus
advance APV there's much more to learn

Sesi "Photo Critics" juga membolehkan para peserta menajamkan lagi ilmu kerana setiap gambar terbaik setiap perserta akan 'dianalisis' kerana APV menekakan konsep 'less editing' @ less touch-up. ada kelas gitu :mrgreen: :mrgreen: .. di samping itu, kami juga diberikan tips seandainya ingin menjadikan fotografi sebagai karier utama & sampingan.

Terima kasih dan tahniah sekali lagi kepada Eddie-Photovideo serta krew (Fandy & Abg Din) atas kejayaan kursus APV13 KK dan juga telah bermurah hati menghadiahkan t-shirt APV kepada semua peserta. Sememangnya Yuran bukanlah ukuran kerana apa yg diperlehi lebih bernilai dan bermakna ..


Sekian.
 
Image
 
Micol Phillip Abdullah
Kota Kinabalu, Sabah.
Part-Time Blogger & Freelance Photographer
 
Peserta Kursus Akademi PhotoVideo 13, Kota Kinabalu, Sabah pada 18 & 19hb April 2009
 
Salam semua

puh..terlalu best..terlalu banyak ilmu saya dan anak saya perolehi semasa mengikuti kelas en Eddie and da geng di Kota Kinabalu baru-baru ini. Sampai rumah ja, anak saya dah bercakap mengenai ISO pada Umi dia..( terus nganga bah ). Selain itu, dapat berkenalan dengan bakal-bakal sifu di sekitar Kota Kinabalu..breder Mike, En Joseph, En Eko dari Jakarta ( Anak saya suka mamat ni ), Jaz ( rock stedi ), En Musah ( Cerita dia pasal naik helikopter ja ni ), Cik Mary ( Model lompat-lompat..uh.! ), Pn Mary and Husband ( Upgrade Cam la ni kan), Cigu Shariff ( Dari Sibu..dia sorang ja ada pola filter ), Pn Nikmah ( Sony bah dia ), Pn Juita, Breder Tony, Breder Slyvister, En Hamdan..dan ada lagi ni..( Kalau x tersebut jgn marah ar..)

Sebelum ni memang saya x tau langsung guna Menu M, A, S dan P..Main belasah ja guna Auto. Tetapi selepas mengikut kelas ini, anak saya pun dah terer guna menu @ setting berkenaan. Malah sehingga tadi dia masi bercakap tentang ISO, Apeture dan shutter speed dia. Paling best masa outing la, betul-betul boleh lakukan praktikal..siap ada model cute lagi ( hehe bukan Cik Mary ar ).

Lagi best, saya dah tahu cam na mo amik pics orang main Badminton...boleh nampak shuttle masa smash..!!

So...terima kasih En Eddie sbb x lokek dengan tips. Tanya ja macam mana ni, mesti dia tunjuk terus...cuma wa kalah lens kureng ja..
 
Zainudin Dayang
Beaufort, Sabah
 
Peserta Kursus Akademi PhotoVideo 12, Korea Selatan pada 10 & 11hb April 2009
 
Salam untuk semua,

Pertama sekali, ucapan terima kasih kepada Eddie dan Abg Kamaruddin kerana sudi meluangkan masa untuk melawati South Korea baru-baru ini.
Rasanya banyak kenangan manis dan istimewa dibawa pulang bersama-sama setelah hampir 6 hari berada disini. Walaupun masa dan keadaan yang terlalu pantas berlalu, namun saya rasa Eddie dan Abg Kamaruddin berbangga kerana dapat menjejaki tiga bandar dianggap terbesar di South Korea iaitu Seoul,Busan dan Ulsan dapat dilawati. Banyak photo2 candid (orang korea) dan landscape telah diambil untuk dibuat kenangan.
Alhamdulillah syukur, Eddie dan Abg Kamaruddin banyak memberi nasihat and tunjuk ajar bagaimana untuk menghasilkan photograph yang berkualiti. Saya cukup berbangga dengan hasil karya setelah mendapat 10 tips yang dianggap penuh bermakna buat diri ini...Paling memeranjatkan, night image yang dihasilkan di Busan melalui image landscape dan juga potrait seolah-olah diambil di dalam studio. Sekali lagi ucapan jutaan terima kasih pada Eddie dan Abg Kamaruddin.
Tidak dilupai juga, Saudara Khairul yang merupakan tuan rumah semasa kami bertiga bertandang ke Busan tempoh hari...Jasa mu dikenang..he..he..he
Oleh itu, dengan bermodalkan sedikit pengalaman and pengetahuan photography (via Eddie) maka bolehlah diketengahkan bakat ini melalui undangan perkahwinan, birthday dll majlis oleh sahabat handai ataupun saudara mara.
Di harap, Eddie akan menjejaki semula ke South Korea pada musim winter pula..Akhir kata, ilmu yang dicurahkan dengan ikhlas merupakan amalan yang mulia. Semoga Eddie dapat mencapai matlamat menerusi misi dan visi yang telahpun dihajati..
Wassalam.
 
Daripada,
Mohammad Najib Omar
Ulsan, Korea Selatan
Mobile :  +82(0)10 4150 2705 (SOUTH KOREA)
Email  : 
mno_10@yahoo.com
 
Peserta Kursus Akademi PhotoVideo 11, Australia pada 15hb Mac 2009
 
Hello and G'day guys...
I'm eddy.. Don't get me confused with eddie, ok?

I'm one of the participant during the photovideo class held in brisbane last month...

The class was a great introduction to anyone who basically have zero knowledge about photography & DSLR cameras...
I would really recommend anyone who's just beginning to involve in this arena to participate in one of his classes...

Other than that, the photo hunting session was a lot of fun...
Moreover, Mr Eddie personally consult and help each participant to improve their picture taking skills and apply all the theoretical knowledge that they've learned in the class...
Make it day or night time session, he'll never say no to any participants that need guidance during the course...
Just have a look at his first time student's picts...
Lastly, I would rate him a A+++ mentor for everyone....

CHEERS..
 
SYED AHMAD RASYIDI BIN SYED ABDUL KARIM
Bachelor of Engineering (Mechanical)
University of Queensland
Australia.
 
Peserta Kursus Akademi PhotoVideo 11, Australia pada 15hb Mac 2009
 
Assalamualaikum wbt and G'day! The course is very useful and informative for the beginners like me. I'm using Nikon d80 since December 2007 but i'm not really understand the functions of my camera. Why? because i was so lazy to read Nikon manual book. Hehehee..Akademiphoto has given me the opportunity to use and operate my camera confidently without any doubt. From the theory class to outdoor photo shoot, the knowledge that I've gained is priceless. I feel very comfortable with the sifu 'Abg. Eddy' because of his easy going and friendly attitude. Looking forward to tag along with sifu Eddy in future. Two thumbs up! Cheers!

Anjas Asmara Samsudin,
PhD student,
School of Animal Studies,
Faculty of Natural Resources, Agriculture and Veterinary Science,
The University of Queensland,
Australia.
 
Peserta Kursus Akademi PhotoVideo 10 pada 7 & 8hb Mac 2009
 
Sy masih baru lg dlm bidang fotografi ini. Minat ini dtg secara tiba2 pd 5-6 bulan yang lepas. Dan seperti kata seorg teman 'ianya sukar dibendung'...Selama ini sy hnya mempelajari asas2 & teknik2 mengambil gmbr menerusi bacaan2 & melayari internet semata. Dan ianya tidak semudah yg di sangkakan. Walaupun sudah berkali2 membaca dn berkali2 berinternet namun hasil gmbr yg diperolehi masih tetap tidak memuaskan.

Dan kebetulan sy terjumpa dgn www.akademiphotovideo.com ini. Secara jujur sebelum ini pn sy pernah mencari kursus2 bg mempelajari asas kamera DSLR ini. Tetapi kebanyakkan kursus yg ada sgt tinggi bayaran menyertainya. Sebagai seorg yg sgt baru mengenali fotografi ini, RM 1000 ++ bg sesuatu kursus begitu mahal. Dan pd hari sy terjumpa akademiphotovideo.com ini, bayaran utk mengikuti kursus bersama abg eddie pd waktu itu hnya RM 850.00. Setelah puas berfikir akhirnya sy memutuskn utk menyertai kursus yg di anjurkan. Kebetulan pula tmptnye agak berhampiran dgn kediaman sy.

Apa yg sy lihat kursus di akademiphotovideo sgt 'senang'...

Kami yg menghadiri kursus pd hari itu 'secara tiba2' begitu mudah mesra, begitu ramah walaupn tidak mengenali satu sama lain sebelum ini dn tidak berasa canggung utk bertnya apa2 dgn abg eddie. Kerana cara abg eddie menerangkn asas2 kamera DSLR ini sgt santai dn tidak memaksa otak kami menerima sesuatu yg byk dlm satu masa. Itu yg barangkali menjadi senang bg kami.

Kami diajari dgn apa itu komposisi, aperture, kelajuan shutter, cara2 menggunakan ISO, white balance, metering, fokus, dan pelbagai lagi yg berkenanan dgn kamera DSLR (Digital Single Lens Reflex) ini.

Kursus yg dijalankan tidak hnya di dlm kelas. Kami jg di bawa utk mempraktikkn apa yg diajari di luar kelas. Spt cnth kursus akademiphotovideo 10 yg sy ikuti ini, kami dibawa ke Dataran Merdeka pd sebelah malam sejurus slps habis teori di dlm kelas. Di sini kami diajari dgn lebih dekat lg oleh abg eddie bagaimana mengambil gmbr di waktu mlm tanpa menggunakan flash. Kami ditunjukkan cara menggunakan mode Manual yg jika sebelum ini kami agak ragu2 utk mengendalikannya. Dan hasil gmbr yg kami dpt sungguh tidak tersangkakan. Buat kali pertama kami terkejut dgn hasil gmbr kami sendiri !!

Buat anda2 semua yg spt sy, meminati bidang fotografi dan masih keliru dgn segala butang di kamera anda, ini kursus sgt sesuai utk anda. Dgn harga yg berpatutan, sukatan pelajaran yg begitu mudah difahami, tiada sbb lg utk anda tidak menyertai kursus ini.

'Segala2 nya memerlukan ilmu..dan utk ilmu kita perlu berguru..'

Tempatnya sudah ada tinggal lg kita yg memutuskan...

Sekian, terima kasih.

fandytaher
http://fandytaher.blogspot.com/
 
Peserta Kursus Akademi PhotoVideo 9 pada 17, 18 & 19hb January 2009
 
Assalamu Alaikum…
 
Saya Ramlan bin Mala dari Tawau bertugas di Institut Perguruan Tawau, Sabah mengikuti Kursus Fotografi anjuran Eddie-PhotoVideo di Nur Lembah Pangsun, Hulu Perdik pada 17-19 Januari 2009. Setelah kursus saya lebih yakin menggunakan kamera dan mengambil pelbagai jenis gambarfoto. Kemahiran asas kamera dan mengenali lebih mendalam kamera yang digunakan adalah perkara asas yang diterangkan pada hari pertama.
 
Peserta  seramai 7 orang dengan dibantu oleh 5 orang fasilitator termasuk En. Eddie memungkinkan kami dibantu dengan lebih kerap dan lebih berkesan. Fasilitator yang cukup berpengalaman memberikan tunjuk ajar tanpa mengira masa. Sesi pembelajaran secara non formal dan banyak menekankan ‘hands-on” membuatkan kami cukup seronok. Tiada jurang antara fasilitator dengan peserta. Latihan amali dilakukan dipelbagai tempat dan situasi seperti “Siang: di Airterjun Sg. Gabai”  dan“Malam: Di Anjung Tinjau Ampang serta di Sekitar Resort”. “ Tugasan: Di Sungai Congkak” telah mewujudkan suasana yang amat menyeronokkan bagi kami semua.
 
Ini adalah kursus Fotografi yang pertama saya ikuti secara formal dan saya amat berpuashati dengan pengendalian, tenaga pengajar serta kemudahan yang disediakan. Yuran bukan menjadi ukuran tetapi sikap professional yang ditunjukkan amat mengesankan
 
Oleh yang demikian jika anda ingin mengetahui lebih mendalam tentang bidang fotografi berjumpalah dengan Eddie selaku Pengetua dan Pengasas Eddie PhotoVideo dan Akademi PhotoVideo.
 
Semoga Eddie PhotoVideo dan staff yang terlibat berjaya menjadi usahawan yang tersohor
 
Di Eddie PhotoVideo ..Banyak kelebihannya…
 
HJ. RAMLAN BIN HJ. MALA
TAWAU, SABAH
24 Januari 2009
ramlanmala@yahoo.com
 
Peserta Kursus Akademi PhotoVideo 9 pada 17, 18 & 19hb January 2009
 
To Eddie & crew
 
U all memang superb...marvellous & best sesangat.
 
Peluang mengikuti kursus photography pada 17,18,19hb Jan 09 di NUR LEMBAH PANGSUN adalah salah satu kenangan terindah bagi kami semua
 
Sebelum mengikuti kursus, aku hanya mempunyai sebuah kamera CANON 1000D yang dibeli pada 28hb Sept 08. Aku tidak mahu di kutuk sebagai pembawa kamera mahal. Nama aje ada kamera canggih tapi ia seumpama KAYU sebab aku tak pandai menggunakannya terutamanya teknik2 atau cara mengambil gambar yang cantik dan unik. Sehinggalah aku memilih EDDIE PHOTOVIDEO, kursus ini banyak mengajar aku tentang penggunaan kamera yang betul. Tak sampai sehari aku dapat meguasai kamera secara manual.
 
Kursus bersama EDDIE bukan setakat teori but more  into practical. Beliau bersama crew memang professional. Tak dapat nak imagine daripada 0 knowledge aku pasal DSLR sehinggalah sekarang ini aku dah tau bagaimana cara utk menghasilkan gambar yang baik, kreatif dan mempunyai maksudnya yang tersendiri. Dulu hanya auto sahaja sebagai pilihan utama setiap kali mengambil gambar tapi sekarang aku sudah mampu mengendalikan kamera secara manual terutamanya pada waktu siang dan malam.
 
Terima kasih  tak terhingga pada Eddie, Rais, Abg Kamarudin, Shareen & Hamli. Tak lupa juga pada model Julie..
 
For those who r interested in photography. I suggest u all joint course yg di anjurkan oleh EDDIE PHOTOVIDEO
 
ZAIMI MOHD
miquell19@yahoo.com
 
Peserta Kursus Akademi PhotoVideo 8 pada 25 & 26hb November 2008
 
Assalamualaikum w.b.t.
 
Saya bagi pihak ILIM dan khususnya bagi pihak saya sendiri ingin mengucapkan terima kasih kepada Encik Eddie dan Encik Azli yang sudi bertandang ke Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dan bersusah payah mengajar para peserta kursus fotografi yang julung kalinya diadakan di ILIM selama 2 hari 1 malam.
 
Bayaran yang amat murah berbanding dengan ilmu yang dicurahkan oleh Encik Eddie dari Akademi PhotoVideo adalah amat berguna dan begitu berharga buat kami semua. Encik Eddie bermurah hati mengajar fotografi pada waktu malam di Putrajaya sehinggalah ke air terjun Sungai Congkak. Beliau juga tidak jemu mencurahkan ilmu kepada kami semua.
 
Semoga berjaya dan sentiasa diberkati Allah SWT.
 
Ustaz Mohd Nazif Bin Wan Mahmud
ILIM
fidzan@hotmail.com
012-6068727
 
Peserta Kursus Akademi PhotoVideo 7 pada 18 & 19hb Oktober 2008
 
Salam Eddie,
 
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Eddie PhotoVideo kerana telah memberi sinar baru buat saya untuk mengenali dunia fotografi dengan lebih mendalam..Tidak ada yang lebih bermakna dalam hidup ini melainkan ilmu yang diperolehi dapat dimanafaatkan oleh orang lain..Itulah yang telah dilakukan oleh Eddie bersama crew-crew beliau..Setelah melalui sesi  akademi photo video ke-7 yang lalu, segalanya telah membuatkan diri saya mahir mengendalikan camera Nikon D300 yang baru dimiliki. Berbekalkan dengan minat serta usaha yang gigih untuk sanggup merentasi awan biru dari Seoul Korea Selatan untuk menyertai kursus fotografi, kini saya mampu mengukir senyuman manis bersama photo yang telah dihasilkan berbekalkan teknik yang telah diperolehi..
 
Kini ***SEOUL*** telah mengamit saya untuk pulang bagi merakamkan pelbagai  photo yang menarik disana... Tahniah Eddie, dengan memiliki pengalaman diperingkat profesional didalam bidang fotografi, membuatkan ramai bakat-bakat baru dapat dicungkil....Kepada sesiapa diluar sana yang masih tercari-cari untuk menyelesaikan masalah di dalam dunia fotografi anda, ayuh bersama Eddie Photo Video nescaya hajat  dan cita-cita anda selama ini dapat dipenuhi.. Kami para peserta telah membuktikan dan bagaimana pula dengan anda...Semoga Eddie Photo Video dapat melebarkan sayapnya untuk terbang lebih jauh bagi menganjurkan kursus di Seoul pula nanti.. 
Akhir sekali, saya katakan BOLEH dengan EDDIE Photo Video...... 

Daripada,
Mohammad Najib Omar
Seoul Korea Selatan

Mobile :  +82(0)10 4150 2705 (SOUTH KOREA)
Email  : 
mno_10@yahoo.com
 
Gambar kami dari Korea Selatan
Peserta Kursus Akademi PhotoVideo 7 pada 18 & 19hb Oktober 2008
 
Date   : Wed, 29 Oct 2008 06:58:00 -0700 [09:58:00 PM MYT]
From : Dalina Ina <dalinaina@yahoo.com>
To      : eddie@eddie-photovideo.com
 
Assalamualaikum....hai eddie....sebagai orang baru ina enjoy sangat dapat join kelas eddie baru2 ni...seronok sangat...terimakasih juga pada tenaga pengajar yang prihatin dan sabar memberi tunjuk ajar... tak sia2 datang dari Felda Tementi, Bera Pahang tauu...Mula-mula ilmu fotografi ni memang 0 dan kamera pun pinjam ajee tapi bila dapat sentuhan dan ilmu yang dicurahkan oleh Eddie dan Akademi PhotoVideo...Ina yakin dan dapat menggunakan kamera dengan baiknya termasuklah penggunaan kamera secara manual. Kelas Akademi PhotoVideo memang sempoi dan suasana pembelajaran yang meriah...dan yang paling bestnyer dalam kelas tu macam dh lama kenal dengan eddie...so..tak malu nak belajar..cara pembelajaran yang mudah dan efektif buat ina tak sabar nak jadi macam eddie rasa macam dah terror lak..makan minum pun ok,tak payah nak cari makan kat luar...tempat tido pn best...ada air-cond tuuu...bak kata pepatah makan kenyang tido pun lena...tambah semangat nak belajar.... anyway,terima kasih dan tahniah buat eddie kerana berusaha keras memberi tunjuk ajar dan tip2 berguna dari awal hingga akhir kusrsus dijalankan...inshaallah kalau diizinkan tuhan,murah rezeki nak join lagi..... bagi mantappp tuuu....k bye..
 
Untuk sesiapa diluar sana jangan ragu2 untuk mempelajari selok belok fotografi dari Cikgu Eddie dari Akademi PhotoVideo ni. Tak sia-sia masuk kursus ni walaupun mulanya rasa berat nak pi tapi kerana semangat dan dahagakan ilmu ina berjaya juga. Sekarang ina lebih yakin dengan diri ina untuk berhadapan dan memulakan perniagaan dalam bidang baru diceburi ni. Akademi PhotoVideo memang best!!! Tak caya joinlah kelas Akademi PhotoVideo akan datang ni...Kami semua enjoy and last sekali dapat terjun kolam ramai2 hehehe, Ina recommend 100%.
 
Daripada
 
Nordalina Bte Masrudin
Felda Tementi, Bera Pahang.
 
Peserta Kursus Akademi PhotoVideo 6 (Akademi Bomba Dan Penyelamat) pada 14 & 15hb Oktober 2008
 
Pembelajaran kursus fotografi digital yang julung kali diadakan di Akademi Bomba Dan Penyelamat, Wakaf tapai telah memberikan impak yang amat besar buat peserta kursus disini. En eddie dan En Azli telah banyak memberi tunjuk ajar sepanjang kursus ini dijalankan. Mungkin dahulu sebelum ini, hanya setakat mengambil gambar secara auto tetapi sekarang dengan berkat ilu yang diberikan, kami sudah kenal dan tahu apa itu fungsi kamera secara manual seperti appreture, shutter speed, ISO dan sebagainya mengenai kamera dan cara penggunaannya. Lebih peka, yakin dan teruja untuk mengambil gambar. Mungkin ini boleh dijadikan kerjaya kedua saya. Siapa sangka kan?
 
Murni Binti Mohamad
Akademi Bomba Dan Penyelamat Wakaf Tapai, Trengganu.
moon-2925@yahoo.com
 
Peserta Kursus Akademi PhotoVideo 5 pada 24hb Ogos 2008
 
Name: zamzarina abdullah
E-mail:
rinaz_zam@yahoo.com
Subject: testimony dr junior photography

Message: hai abg eddie, akhirnya dapat jugak zam join khusus fotografi di Putrajaya pada 24/8 yang lepas.
Terima kasih banyak2 atas ilmu yang diberikan pada junior mcm saya. Semangat pun makin berkobar2 nak jadi seorg fotografi mcm abg eddie. ape yang dpt saya simpulkan disini saya puas hati dengan cara khursus dijalankan tidak lalu formal dah sempoi. peserta yang tidak terlalu ramai membuatkan saya selesa nak belajar dan selesa nak tangkap gambar. 
tapi yang paling best bila abg eddie terangkan sesuatu peserta tidak takut untuk bertanya n mcm tahu je kite org bler.....senang cite tak kedekut ilmu tapi mcm tak puas pun ade gak coz rasa mcm sekejap je masa berlalu.
 
akhir sekali yang tak dpt dilupakan waktu tangkap gambar bunga api...best gile dapat pas media lagi..ape2 pun itu adalah pengalaman yang tak mungkin saya lupakan.
Nota yang disediakan sgt membantu saya untuk memahami eleman kamera.

insyallah kalau ade rezeki zam akan join khusus yang seterusnya, semoga maju jaya dan teruskan membimbing kami.
assalammualaikum.
 
Peserta Kursus Akademi PhotoVideo 4 pada 22hb June 2008
 
"Tres Bon! Encore, s'il vous plait!
I enjoyed the day photographing in Putrajaya. The group of enthusiastic learner photographers make the day even more fun-filled. To each his/her own, the dedication and determination to learn-by-doing is electrifying. Obviously, they have an equally eager, well-informed, experienced pro-photographer to mentor. It was a day of great camaraderie with everybody, young and old, experienced and novice, lady and gents. Well done, Eddie."

Putrajaya DagNuit. In German, Dag is day and Nuit is night

The French vocabulary,
       tres bon = very good.
              encore=do it again
                       s'il vous plait=if you'd please
 
With best regards,

Anthony
Professional Photographer
Brunei Darul Salam
 
Peserta Kursus Akademi PhotoVideo 3 pada 11hb Mei 2008
 
Sangat bagus untuk para fotografi yang baru menceburi bidang ini. Saya amat berterima kasih kepada Eddie PhotoVideo diatas segala tunjuk ajar yang diberikan. Saya juga bercadang agar pihak pengurusan dapat megadakan lagi kursus seumpama ini pada masa yang akan datang.
 
Daripada :
 
Roshidi Abu Bakar
 
http://mkrsnapshot.fotopages.com
 
Peserta Kursus Akademi PhotoVideo 2 pada 13hb April 2008
 
Kelas Outdoor Photography pada 13 April 2008, telah memberi pendedahan dari aspek ‘lighting’, lokasi, ‘posing’ dan ‘composition’ kepada saya. Aspek-aspek tersebut telah menambah kemahiran dalam pengambilan gambar outdoor di mana selama ini saya tidak mengetahui dan mahir dalam aspek-aspek tersebut.
 
Daripada :
 
Kamarudin Bin Kilewon
 
Peserta kursus Akademi PhotoVideo 1 pada 1hb Mac 2008
 
Saya ingin melahirkan ucapan berbanyak-banyak terima kasih kepada Eddie-Photovideo kerana telah menganjurkan bengkel outdoor photography pada 1 Mac 2008. Eddie telah banyak mencurahkan pengalaman beliau selaku jurufoto professional sepenuh masa sepanjang bengkel diadakan. Banyak tip-tip yang berguna yang selama ini tidak diketahui telah saudara Eddie beritahu.
 
Syabas dan tahniah Eddie Photovideo.
 
Semoga Eddie Photovideo maju dan terus maju.
 
Daripada:
 
http://asmanphoto.fotopages.com
 

 
Belajar Fotografi, Kursus Jurugambar, Seminar Fotografi, Sekolah Fotografi, Kursus Fotografi, Bengkel Jurugambar, Bengkel Fotografi, Kelas Jurugambar, Kelas fotografi, Photography Course, Photo School, Photography Class, Photography Workshop