Terima kasih kerana bersama kami berkampung di Nur Lembah Pangsun Eco Resort, Hulu Langat selama 2 hari 1 malam di APV 25 semalam. Walaupun pada mulanya kami ingin membuat kursus di Agrotek Garden Resort, malangnya tempat tersebut telah full book semenjak bulan Dec 2009 lagi. Oleh itu kami terpaksa pindah ke plan B iaitu di Nur Lembah Pangsun. Resort di sini juga penuh n syukur alhamduliah hanya tinggal 4 chalet sahaja yang tinggal. So kami terpaksa ambil kesemua 4-4 chalet. Memang tepat jangkaan kami dimana full book! Semasa sampai untuk membuat pendaftaran para peserta memang semua lokasi penuh dengan orang ramai kira macam pesta pun ada....penuh dengan bas dan kereta sampai parking keluar jalan. Anyway nasib baik kami ada privacy kerana kami menyewa dewan sendiri dan berasingan dengan peserta lain.
Saya sebagai pengasas APV harap anda semua bekas peserta dapat menggunakan ilmu yang diajar dengan baik dan yang paling penting ialah anda kena banyak membuat latihan. "Pratical make perfect"
Bersama dengan ini kami sertakan gambar berkumpulan APV 25.
Sekiranya anda hendak mendapatkan gambar saiz asal sila berikan email kepada saya, pada topik ini sahaja. tqTerima kasih kepada kesemua para peserta APV 25 Kuala Lumpur. Untuk pengetahuan anda terdapat 3 kelas fotografi yang dianjurkan pada hari tersebut iaitu pada 6-7hb Feb 2010 iaitu kami di APV di Hulu Langat, Fototeacher di Cheras dan Foto Impian di Bagan Lalang. Kedua mereka juga adalah sahabat saya. Tak sangka ketiga-tiga kursus foto dijalankan serentak pada hari yang sama.
