Tempat pertama dimenangi oleh Micol



Komen : Terdapat 2 kombinasi gambar malam dan siang yang baik di mana terdapat 3 cara pengunaan cahaya; cls, flash dan cahaya semulajadi tanpa flash. Micol telah menggunakan teknik yang dipelajari dengan baik dimana 100% pengunaan kamera secara manual pada waktu siang dan malam. Beliau dapat mengimbangi penggunaan Aparture, ISO dan Speed terutamanya pada waktu malam. Gambar pertama dengan pengunaan teknik ClS yang baik cuma terdapat sedikit shadow di muka model lelaki. Gambar kedua di pantai dimana terdapat kombinasi diantara air laut dan langit yang tiada under dan overexpose. Kalau Micol dapat tambah white balance K ke 10000 gambar lagi nampak naik dimana warna lagit dan air akan bertambah merah/oren. Gambar ketiga "marvellous" paling terbaik dimana banggunan Masjid Bandaraya telah menarik perhatian terutamanya kilauan lampu seperti bintang dan pembalikan cahaya pada air menyerlahkan dan menghidupkan lagi bangunan masjid tersebut. Kombinasi pengunaan cahaya tiada under dan overexpose, warna, sudut, seni menjadikan gambar ini terbaik dari yang lain.
Tempat kedua dimenangi oleh IzzaniCool


Komen : Gambar pertama silhoutte dan sunset dipantai yang cantik serta mempunyai kekuatan pada gambar dimana kedudukan pasangan couple yang tepat ditengah2 dan matahari terbenam disebelah kiri. Warna yang menarik "golden hour" dan gabungan 3 elemen yang baik subjek couple, air dan langit. Kedudukan matahari terbenam juga boleh diletakan ditengah2 iaitu diatas kepala subjek dan cahaya akan melalui celahan subjek couple. Gambar kedua di atas Bukit Bendera agak baik dimana Izzani telah faham konsep mengambil gambar pemandangan waktu malam. Cahaya lampu dari bangunan, jalanraya dan kereta amat menarik. Cuma terdapat sedikit overexpose walaubagimanapun ianya masih boleh diterima. Izzani telah menggunakan teknik yang diajar secara baik.
Tempat ketiga dimenangi oleh qsn7474


Komen : Gambar pertama di Bukit Bendera amat baik dimana tiada under dan over expose. Warna yang betul serta kawalan cahaya yang baik. Lampu jalan berkilauan bintang serta lampu kereta yang amat baik menaikan suasana waktu malam di bandaraya Kota Kinabalu. Gambar sebelah malam amatlah sukar namun Cikgu dapat mengawalnya dengan baik. Gambar kedua; awan biru serta sudut gambar yang menarik. Kalau boleh dapatkan eye contact model ke kamera. Cikgu akhirnya dapat mengawal 100% kamera secara manual.
Kepada para pemenang sila PM saya dan hantarkan nama penuh, alamat serta no phone utk kami hantarkan hadiah. Terima kasih dan tahniah sekali lagi dari kami.






