Akademi Jurugambar & Juruvideo Profesional

INGIN PELAJARI SELOK BELOK DUNIA FOTOGRAFI DAN SUNTINGAN TERKINI SERTA MENAMBAHKAN ILMU? INILAH MASANYA UNTUK ANDA BERTINDAK!!!

Jangan lepaskan peluang sertai kelas terbaru kami sama ada personal coaching atau berkumpulan. Kami sarankan anda menempahnya lebih awal supaya anda tidak kecewa dikemudian hari. 

Pesanan kami : Sekiranya anda mempunyai wang beribu untuk membeli kamera, anda juga perlu melaburkan sebahagian wang tersebut bagi mencari ilmu. Tiada gunanya sekiranya anda memiliki kamera tetapi tiada ilmu untuk mengendalikannya. Anda yang mengawal kamera dan bukannya kamera yang mengawal anda.

Jaminan kami : Walaupun pada mulanya anda “0” tiada ilmu tentang kamera DSLR dan suntingan rekacipta album tetapi dengan kelas “APV” kami jamin anda akan memperolehi apa yang anda mahukan dan jangan biarkan kebuntuan menjadi penghalang untuk anda terus berjaya didalam bidang yang diceburi.

Baca sehingga habis supaya anda faham konsep kelas yang akan kami anjurkan

“Akademi PhotoVideo” ditubuhkan bagi membantu para peminat jurugambar dan juruvideo untuk memahirkan dan memberikan pendedahan pelbagai teknik didalam bidang fotografi, suntingan dan videografi terkini. Akademi PhotoVideo bukan sahaja mengajar teori dan amali fotografi malah memberikan anda motivasi serta komunikasi yang jarang diberikan oleh tenaga pengajar yang lain. Kelas pembelajaran yang berkonsepkan santai dan praktikal menyebabkan para peserta yang lepas memilih kami bagi mendapatkan ilmu. 30% teori dan 70% praktikal dapat mendedahkan kepada para peserta dengan lebih berkesan dan mudah difahami. Setiap topik teori akan diadakan praktikal supaya para peserta lebih faham dengan apa yang diajar.

Seperti yang anda maklum kursus yang kami anjurkan sebelum ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakan diseluruh Malaysia termasuk dari luar negara. Kami juga menerima tempahan bagi kursus perseorangan “one by one”. Terima kasih kepada perserta kami yang lalu terutamanya daripada United Kingdom, Ireland, Australia, Korea Selatan, Arab Saudi, Afrika Selatan, Amerika, Canada, Brunei, Singapura, Indonesia, Sabah dan Sarawak yang pernah mengikuti kursus anjuran kami sebelum ini.

Kami telah mengadakan kelas fotografi kami yang pertama keluar negara iaitu pada bulan April 2009 APV Australia, kemudian diikuti dengan APV Korea Selatan, APV Borneo dan APV Indonesia. Pada tahun 2010 pula kami telah menamatkan kursus fotografi di Amerika Syarikat dan Canada. Tahun 2011 kami telah menamatkan kursus di Melbourne dan Sydney, Australia pada bulan April 2011. Pada tahun 2012 kami telah ke Jepun pada 15hb Feb 2012 hingga 20hb Feb 2012 dan Mei-Jun di Australia serta musim panas di benua Eropah iaitu bermula dari Rusia, UK, Sweeden, Norway dan beberapa tempat yang masih di dalam perancangan.

Seperti biasa kami menghadkan jumlah penyertaan bagi setiap kursus yang akan kami jalankan supaya semua peserta dapat memberikan tumpuan kepada subjek yang diajar. Kami meminta maaf kepada beberapa peserta yang tidak dapat mengahadirkan diri sebelum ini kerana tempat telah penuh dan ditutup. Oleh itu kami sarankan supaya segeralah membuat tempahan sebelum ianya penuh. Tahniah kepada para peserta yang lepas kerana anda telah berjaya mengikuti kursus kami dan telah menjadi seorang jurugambar yang baik dan terbaik.

Kami mengajar tidak kira peringkat usia serta darjat atau kelas. Yang paling penting ialah keinginan untuk mendapatkan ilmu. Untuk pengetahuan peserta paling muda yang pernah mengikuti kelas kami berusia 7 tahun dan paling veteran ialah 60 tahun. Serta dari pekerja am ke ahli perniagaan koprat dan VVIP Dato (kelas persendirian). 

Kami di Akademi PhotoVideo akan mengajar anda walaupun dengan menggunakan kamera sederhana tetapi hasil keluarannya amat berkualiti. Dengan adanya pengalaman dari dalam dan luar negara, kami akan memberikan tunjuk ajar bagaimana hendak menjadi “seorang jurugambar secara profesional” dan bukannya “pembawa kamera”. Anda akan diajar pelbagai teknik sebagai seorang jurugambar serta teknik Eddie PhotoVideo yang sebelum ini tidak pernah dedahkan kepada sesiapa melainkan kepada kumpulan jurugambar/juruvideo Eddie PhotoVideo serta para peserta kursus Akademi PhotoVideo sahaja. 

Kami di Akademi PhotoVideo telah melahirkan lebih dari 800 jurugambar amateur dan profesional. Di antara mereka telah menjalankan perniagaan mengambil gambar secara persendirian dan berkumpulan. Bekerja sebagai jurugambar di akhbar, syarikat swasta dan kerajaan. Akademi PhotoVideo bukan sahaja menganjurkan kelas jurufoto perseorangan, berkumpulan malah telah memasuki jabatan kerajaan bagi mengajar subjek jurufoto kepada kakitangan kerajaan.

Tahniah kepada bekas peserta APV Korea Selatan Mohammad Najib Omar kerana mendapat tempat kedua pertandingan FLiK & UTS Family Photo Essay Contest di Korea Selatan. FLiK = Foreign Life In Korea

Klik sini untuk keterangan lanjut mengenai pertandingan dan kemenangan beliau