Senarai Harga Kursus (Klik sini)

Nilai Pelaburan Dan Wang Anda 

Yuran yang amat murah dan berpatutan berbanding dengan ilmu yang anda akan perolehi!!! Kami mementingkan kualiti pembelajaran. Apa yang penting ilmu yang anda bawa pulang akan membawa nilai yang tinggi. Kursus khas dari kami menekankan konsep pembelajaran secara praktikal termasuklah motivasi, photo kritik serta bagaimana hendak memulakan kerjaya sebagai seorang  jurugambar profesional. Akademi PhotoVideo juga mengajar bagaimana hendak memulakan perniagaan dan berhadapan / berkomunikasi dengan pelanggan. 

Bilangan peserta kepada jurulatih yang terhad membolehkan proses pembelajaran lebih personal dan lebih berkesan. Sepenuh masa sehingga 2 hari bagi kursus editing + design album, 2 hari 1 malam bagi kursus asas fotografi atau 3 hari 3 malam bagi kursus asas fotografi + lanjutan membolehkan anda belajar dan TERUS mempraktikkan segala yang dipelajari dalam kelas dalam bentuk gerak kerja dengan mengendalikan kamera 100% secara manual diatas PEMANTAUAN RAPI para jurulatih-jurulatih Professional kami. 

Dengan kumpulan peserta yang sedikit masa akan diluangkan secara maksima untuk pembelajaran samada di dalam kelas, praktikal, makan, rehat dan sebelum tidur. Pembelajaran dan perkongsian idea dapat dijalankan sepanjang masa, baik dengan rakan atau jurulatih. Anda juga mendapat rakan-rakan baru dan membuat networking bagi bertukar fikiran. Pembelajaran dan praktikal sehingga 16 JAM sehari termasuk sebelah malam bagi kursus asas fotografi + lanjutan. Anda akan didedahkan bagaimana mengambil gambar pada waktu siang, malam, teknik kelajuan tinggi, rendah, sunny 16, panning, silhouette, speedlight, natural light, light painting, light trail dan pelbagai teknik yang tidak diajar secara parktikal pada kursus jurugambar yang lain. 

Setiap bekas peserta APV boleh mengikut atau tag along dan mempelajari dari kami secara terus secara percuma semasa kami melakukan kerja-kerja mengambil gambar samada perkahwinan, koprat, majlis diraja, harijadi atau pelbagai majlis. Terma dan syarat Tag Along dan kerja-kerja yang dilakukan dibawah EPV atau APV.

Pelajari selok belok perniagaan fotografi dan videografi bersama Eddie, seorang jurugambar dan juruvideo professional sepenuh masa yang bukan sahaja menumpukan pada bidang foto dan video perkahwinan, malah didalam koprat, industri, produk, kesultanan dan lain-lain. Rebutlah peluang keemasan ini dengan segera. 

Pesanan kami : Kini banyak kurus atau kelas fotografi, videografi dan editing boleh diperolehi dan adakah ianya sesuai dan berbaloi untuk anda? Anda perlu membuat penilaian bukan setakat yuran kursus yang murah tetapi sejauh mana pengalaman dan ilmu tenaga pengajar tersebut. Dimana kelas tersebut dibuat dan kelangkapan alat bantaun pembelajaran. Oleh itu pelajarilah ilmu daripada tenaga pengajar yang berpengalaman dan menjadikan kerjaya fotografi dan videografi sebagai rutin harian mereka. Sila ke website fotografi dan videografi kami untuk melihat sebahagian gambar dan video yang pernah di rakamkan di www.eddie-photovideo.com

Kos termasuk : – Bilik seminar APV sendiri berhawa dingin – Model – Wi Fi – Makanan dan minuman disediakan – Sijil penyertaan – Tenaga pengajar dan pembantu – Kelengkapan peralatan pembelajaran termasuk komputer MAC, white board, LCD projektor dan skrin. – Nota berwarna, termasuk fail dan alat tulis. – Percuma sehelai T-Shirt

YURAN PENYERTAAN MENGIKUT KATEGORI :Kursus Eksklusif

KURSUS ASAS FOTOGRAFI 2 HARI 1 MALAM

* Potongan 10% bagi kumpulan melebihi 3 orang ke atas di atas satu resit utk semua kategori atau
* Potongan 10% bagi “early bird” bayaran penuh 10 hari sebelum tarikh kursus bermula

Ilmu dan nilai yang anda akan anda perolehi melebihi dari harga yang kami tawarkan. Harga kami masih murah dipasaran. Walaupun kursus kami 2 hari tetapi ianya bersamaan dengan 3 hari kursus kerana kami melakukan kelas sehingga jam 12 malam iaitu 2 hari 1 malam untuk meliputi 3 hari pembelajaran. Pelbagai kemudahan disediakan untuk para peserta supaya anda dapat menumpukan subjek yang diajar 100% berbanding dengan kursus yang diajar oleh pihak lain selama 1 atau 2 hari pada waktu pejabat sahaja tanpa kemudahan dan liputan pembelajaran yang lengkap.  Kami menjamin bagi yang anda tidak tahu langsung DSLR hanya dalam masa 8 jam anda boleh tersenyum dapat menggunakan DSLR secara 100% manual. Ditambah dengan bimbingan tenaga pengajar yang berpengalaman luas didalam dan luar negara.

KURSUS ASAS FOTOGRAFI + LANJUTAN 3 HARI 3 MALAM

* Potongan 10% bagi kumpulan melebihi 3 orang ke atas di atas satu resit utk semua kategori atau
* Potongan 10% bagi “early bird” bayaran penuh 10 hari sebelum tarikh kursus bermula

Ilmu dan nilai yang anda akan anda perolehi melebihi dari harga yang kami tawarkan. Harga kami masih murah dipasaran. Walaupun kursus kami 3 hari tetapi ianya bersamaan dengan 5 hari kursus kerana kami melakukan kelas sehingga jam 1 pagi iaitu 3 hari 3 malam untuk meliputi 5 hari pembelajaran. Pelbagai kemudahan disediakan untuk para peserta supaya anda dapat menumpukan subjek yang diajar 100% berbanding dengan kursus yang diajar oleh pihak lain selama 1 atau 2 hari pada waktu pejabat sahaja tanpa kemudahan dan liputan pembelajarn yang lengkap. Kami menjamin bagi yang anda tidak tahu langsung DSLR hanya dalam masa 8 jam anda boleh tersenyum dapat menggunakan DSLR secara 100% manual. Ditambah 30 jam lagi untuk kursus lanjutan bagi mengkukuhkan ilmu dan keyakinan diri untuk menjadi seorang jurugambar profesional.

KURSUS ASAS SUNTINGAN + REKACIPTA DESIGN ALBUM (2 HARI)

* Potongan 10% bagi kumpulan melebihi 3 orang ke atas di atas satu resit utk semua kategori atau
* Potongan 10% bagi “early bird” bayaran penuh 10 hari sebelum tarikh kursus bermula

Pelaburan wang anda terjamin dimana pelbagai kemudahan dan kelengkapan disediakan untuk para peserta supaya anda dapat menumpukan subjek yang diajar 100% tanpa sebarang masalah. Kursus yang amat berbaloi kerana kami gabungankan 2 kursus iaitu suntingan “editing” dan rekacipta “design” album. Kami telah membuat kajian demi kajian bagi memudahkan setiap peserta kursus dapat belajar secara cepat dan berkesan membuat suntingan dan merekacipta album. Walaupun anda tiada “basic” photoshop, kami menjamin anda dapat melakukannya dengan bimbingan professional dari kami di APV. Dengan mempunyai pengalaman yang luas serta tugasan harian didalam bidang ini anda dijamin memperoleh ilmu secara cepat dan pantas.

KURSUS ASAS VIDEOGRAFI 3CCD & CINEMATOGRAPHY (DSLR)

* Potongan 10% bagi kumpulan melebihi 3 orang ke atas di atas satu resit utk semua kategori atau
* Potongan 10% bagi “early bird” bayaran penuh 10 hari sebelum tarikh kursus bermula

Kursus terbaru kami menjamin anda dapat menumpukan subjek yang diajar 100% tanpa sebarang masalah dengan kemudahan yang lengkap. Kursus yang amat berbaloi kerana kami gabungankan 2 video kamera iaitu standard kamera 3 CCD dan DSLR kamera. Kami telah membuat kajian bagi memudahkan setiap peserta kursus dapat belajar dengan lebih berkesan walaupun anda tiada ilmu pengunaan video sebelum ini. kami menjamin anda dapat melakukannya dengan bimbingan professional dari kami di APV.

Jangan bandingkan harga tetapi bandingkan secara keseluruhan ilmu, kemudahan, kualiti yang anda dapat bersama APV!!! Sekiranya ingin berjaya marilah bersama APV, kesemuanya terbukti berkesan. 

Sila daftar sekarang. Kami akan menutup pendaftaran seminggu sebelum tarikh kursus bermula dan ianya bergantung kepada kekosongan tempat. Sekiranya penuh kami akan menutup permohonan lebih awal. Pemohonan selepas itu tidak akan dilayan…..So tunggu apa lagi.. 

Untuk pengetahuan kami pernah membuat kursus fotografi perseorangan sebelum ini dengan bayaran sebanyak RM4000 iaitu selama 4 hari,  beliau sekarang adalah jurugambar bebas.

Penting :

Kami hanya menerima pembayaran melalui tunai, ATM, dan transfer bank Maybank sahaja bagi persendirian.

Sekiranya menggunakan perkhidmatan ATM slip, telegraphic transfer pembayaran hendaklah diemailkan kepada saya sebagai bukti pembayaran. Anda boleh mengambil gambar slip atau scan slip tersebut dan emailkan kepada kami.

Sekiranya melalui maybank2u anda hendaklah masukan email saya zulraidi@gmail.com atau whatsapp sahaja ke +60104003102 sebagai bukti pembayaran.

Kegagalan berbuat demikian akan merumitkan keadaan kerana tiada bahan bukti bahawa anda telah membuat pembayaran. Kami menerima sehari 2-3 pembayaran, Oleh itu kami perlu tahu siapa yang membuat bayaran tersebut.

Sila bawa bukti bayaran slip ATM, online transfer, TT dan lain-lain semasa pendaftaran.

Slip ATM mesin
Slip telegraphic transfer sekiranya anda peserta dari luar Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *