Latar Belakang

Akademi PhotoVideo telah ditubuhkan pada tahun 2007 dan telah didaftarkan dengan no pendaftaran 001940127-U. Syarikat di bawah Kementerian Kewangan Malaysia serta Kontraktor Bumiputera (357-02141084) di atas nama CMC Tech Resources (001473564-K) 

Zulraidi Affendi Bin Haji Satar ataupun lebih dikenali sebagai Eddie adalah pengasas Akademi PhotoVideo dan Eddie PhotoVideo serta Hi Photobooth. Beliau adalah seorang jurugambar / juruvideo yang tersohor dan mempunyai nama sebagai jurugambar profesional di Malaysia malah di negara jiran. Beliau mempunyai pengalaman di dalam bidang fotografi dan videografi lebih daripada 30 tahun. Beliau mula berjinak dengan kamera semenjak berumur 10 tahun dan video kamera semenjak berumur 15 tahun. 

Beliau adalah lulusan daripada Manchester University, United Kingdom didalam jurusan sarjana muda kejuruteraan elektrik dan elektronik pada tahun 1998 dan MBA. Semasa beliau di luar negara semangat dan keghairahan di dalam bidang jurugambar dan juruvideo telah mendorong beliau untuk melakukan pelbagai aktiviti terutamanya semasa Eropah. Diantaranya menjadi jurugambar bagi sambutan hari raya di MSC di Manchester, salam perantaun, sampaikan salam TV3 dan KMUK (Kesatuan Melayu United Kingdom) untuk Europe Tour dan sekarang ini dikenali sebagai Kelana Konvoi. 

Pelancongan dan pengembaraan adalah minat beliau dan beliau sudah 2 kali mengelilingi benua eropah bermula dari Scotland, Wales, England, France, Belgium, Holland, Germany, Italy, Austria, Luxembourg, Switzerland dan Ireland. Ketika mengunjugi negara tersebut beliau banyak menghabiskan masa dengan merakamkan gambar pada setiap lokasi negara yang dikunjungi. 


Semasa pulang ke Malaysia, Eddie bekerja sebagai jurutera selama 6 tahun dimana jawatan terakhir beliau adalah sebagai pengurus teknikal “Technical Manager” bersama anak syarikat TMNet. Beliau sekali lagi telah meninggalkan Malaysia ke Auckland, New Zealand untuk mengembara sambil bekerja. Pada masa yang sama beliau mengambil kursus singkat fotografi sambil membuat perniagaan fotografi dan videografi ketika berada disana. Eddie telah diberikan kepercayaan bagi melaksanakan tugas fotografi dan videografi bagi Mesra Homestay di Auckland. Beliau telah menjejakkan kaki hampir 70% bumi di New Zealand termasuklah pulau utara dan selatan. Dengan menggunakan kepakaran yang ada Eddie telah merakamkan beberapa keping gambar dan video semasa mengembara di New Zealand. Kini beliau mempunyai pengalaman yang luas didalam dan di luar negara. 

Tidak dapat dinafikan kekuatan tinggi yang ada pada Eddie dalam bidang fotografi dan videografi telah mendorong beliau membuka perniagaan setelah pulang ke Malaysia pada November 2004 dengan menggunakan nama Eddie PhotoVideo. Dengan penuh keazaman, kesabaran untuk membawa kelainan didalam bidang fotografi iaitu mengikut cara sendiri akhirnya Eddie berjaya melaksanakan cita-citanya sehinggalah sekarang. Gambar beliau banyak menggunakan teknik dari negara barat yang jarang dilakukan oleh jurugambar tempatan. Dengan berjayanya Eddie PhotoVideo sehingga ke negara jiran, beliau telah menubuhkan Akademi PhotoVideo sejak tahun 2007 khas untuk para peminat fotografi, videografi, pereka “design” yang dahagakan ilmu bagi mendapatkan tips, selok belok dunia fotografi. Beliau mengambil masa selama 6 bulan membuat penyelidikan sebelum kelas pertama beliau diadakan pada bulan Februari 2008.



Bukan mudah untuk berjaya tetapi beliau bersyukur dimana dengan tidak sampai setahun Eddie PhotoVideo telah berjaya mencuit hati para pelanggan beliau sehingga ke negara jiran. Kini beliau tidak mudah tangan kerana pada setiap bulan penuh ditempah oleh para pelanggan termasuklah perkahwinan, koprat, jabatan kerajaan, swasta, “private function” dan pelbagai. Beliau juga mendapat tempahan dari istana, dimana ianya adalah satu pengalaman yang amat berharga. Malah pusat pembelajaran beliau iaitu Akademi PhotoVideo yang baru dibuka tidak sampai setahun telah mendapat perhatian peminat jurugambar, juruvideo, pereka, badan kerajaan, kolej dan syarikat swasta bagi menganjurkan kursus fotografi. Beliau juga telah dijemput khas bagi menganjurkan kursus fotografi keluar negara iaitu di Australia, Korea Selatan, Indonesia, Borneo, Amerika Syarikat dan Canada. Beliau merupakan anak Malaysia pertama menganjurkan kursus fotografi ke luar negara.


Eddie bersama wartawan sempena majlis perasmian “International Biomedic Conference di Golden Horses Hotel” yang dirasmikan oleh bekas PM Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Eddie semasa di dalam istana hinggap Seremban sejurus selepas merakamkan gambar DYMM Yang Di Pertua Negeri Sembilan Tuanku Jaafar dan Tuanku Najihah.
Eddie bersama DYMM Sutan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah semasa majlis lawatan baginda ke hospital Sultanah Hajjah Kalsom

Eddie telah meletakkan namanya sebaris dengan jurugambar terkemuka di rantau Asia dimana pengalaman dan hasil gambarnya telah berada di dalam majalah termasuklah di negara Belanda, majalah ratu sehari, majalah pengantin, majalah nona, majalah wanita, akhbar utusan Malaysia, berita harian dan media elektronik. 

Oleh kerana beliau memandang ramai bakat-bakat baru yang berkebolehan dan perlu dicungkil, beliau telah membuka Akademi PhotoVideo kepada semua lapisan masyarakat termasuklah dari negara luar. Kini hampir 13 tahun Akademi PhotoVideo ditubuhkan dan lebih dari 2000 peserta telah mendapatkan tips dan ilmu dari beliau. Motto beliau ialah “Gambar Yang Hidup, Semulajadi, Kandid, Nilai Seni Dan Terperinci” telah memberikan pelbagai maksud didalam sesuatu gambar diambil.