Akademi Jurugambar & Juruvideo Profesional

Adakah anda masih baru dalam bidang fotografi ataupun tidak tahu langsung menggunakan DSLR kamera? Laburkan sedikit wang, perolehi ilmu serta menjana pendapatan. Sekiranya bekerja tingkatkan kemahiran di syarikat anda. Inilah masanya untuk anda bertindak dan mempelajari sesuatu yang baru serta menyeronokkan !!!

DSLR ITU MUDAH !!! 

Kami di Akademi PhotoVideo akan mengajar anda dari “0” sehingga anda mampu mengendalikan DSLR secara 100% manual dan suntingan serta rekacipta album secara profesional”! Inilah janji kami sama lah seperti mereka di bawah ini yang telah berjaya menamatkan kursus di Akademi PhotoVideo. Alhamdulilah dengan berkat usaha kami telah membawa APV keluar negara sepertimana pada gambar dibawah ini.

Klik sini untuk melihat ke semua foto berkumpulan APV

Mereka di atas telah membuktikan dan bagaimana dengan anda? Adakah anda ingin?

  1. Menguasai sepenuhnya cara mengawal kamera DSLR dengan baik walaupun pada mulanya tidak faham dengan membaca manual, majalah dan maklumat fotografi dan internet.
  2. Ingin menghasilkan gambar yang dikehendaki.
  3. Menjadi seorang jurugambar Profesional dengan pendapatan lumayan.
  4. Memahirkan teknik-teknik fotografi seperti jurugambar Profesional di peringkat antarabangsa.
  5. Mencipta nama, cara serta teknik sendiri.
  6. Tahu selok belok perniagaan dan kerjaya di dalam fotografi.
  7. Mencari keyakinan dan arah tuju diri bagi menjadikan fotografi sebagai kerjaya hidup.

Secara keseluruhannya adakah anda ingin mengubah kehidupan serta kerjaya anda sebagai jurugambar yang disegani dan mempunyai pendapatan stabil.

Anda bekerja dengan syarikat atau kerajaan. Adakah anda ingin memperbaiki teknik pengambilan gambar serta mendapatkan satu sentuhan gambar yang terbaik untuk organisasi atau tempat anda bekerja?
 
Sekiranya jawapan anda adalah YA, inilah masanya untuk anda mengubah kehidupan dengan memilih jalan yang singkat di Akademi PhotoVideo dengan hanya menghadiri kursus ini selama 4 hari atau 3 hari. InsyaAllah segala kerumitan anda akan diselesaikan berbanding anda belajar sendiri melalui kawan, buku ataupun internet yang mengambil masa yang lama serta tidak faham.

Siapa yang patut hadir :

  1. Semua masyarakat yang mempunyai minat mengambil gambar tetapi tiada pengetahuan asas.
  2. Mempunyai pengetahuan asas tetapi ingin memahirkan dan mengetahui jenis teknik pengambilan gambar
  3. Para pelajar yang ingin menambahkan ilmu pengetahuan
  4. Ingin menjadikan bidang jurugambar sebagai kerjaya dan mencipta nama ke peringkat tinggi.
  5. Peserta yang hadir kursus di tempat lain tetapi ingin memahirkan lagi teknik-teknik pengambilan gambar
  6. Pesara, suri rumah atau sesiapa sahaja untuk mengisi masa lapang dalam bidang fotografi.

Keterangan lanjut untuk melihat topik dan subjek yang akan diajar anda boleh klik sini.

Kenapa Akademi PhotoVideo :

  • Syarikat yang berdaftar SSM, Kementerian Kewangan Malaysia dan Kontraktor Bumiputera yang ditubuhkan pada 2007 khas bagi mengajar fotografi, ‘editing’, desain dan videografi.
  • Pengajar yang mempunyai pengalaman di dalam dan luar negara serta sepenuh masa dalam bidang fotografi.
  • Merupakan anak Melayu Malaysia yang pertama membuat kursus fotografi ke luar negara iaitu di Australia 2009 dan diikuti di Korea Selatan 2009, Borneo 2009 & 2010, Indonesia 2009, Amerika Syarikat 2010, Canada 2010 dan Australia 2011
  • Peserta dari luar negara iaitu daripada Brunei, Singapore, Indonesia, Ireland, UK, Australia dan Korea Selatan serta daripada Sabah dan Sarawak pernah mengikuti kursus kami sebelum ini di Kuala Lumpur.
  • Telah melahirkan beberapa jurugambar amatur dan profesional
  • Mahir dengan foto perkahwinan, produk, konvokesyen, korporat, pengiklanan, studio dan pelbagai termasuk majlis diraja.
  • Telah mengambil gambar DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Malaysia, DYMM Sultan, DYMM Dipertua,   Tengku Mahkota, Yang Dipertua Negeri, Ketua Menteri, Perdana Menteri serta Timbalan, VVIP, VIP, tokoh Korporat dan lain-lain.
  • Memberikan khidmat foto dan video kepada selebriti : penyanyi, pelakon dan pengacara terkenal termasuk dari luar negara.
  • Hasil kerja beliau pernah dikeluarkan oleh beberapa majalah, surat khabar malah pernah keluar majalah di luar negara.
  • Jaminan kami hanya dengan 8 jam anda boleh mahir dengan teknik-teknik yang diajar dan menggunakan 100% manual.
  • Anda akan diajar teknik tiada atau kurang suntingan pada gambar “less editing”. Apa yang anda rakamkan, akan terus dicetak!!!
  • Para peserta boleh mengajukan pelbagai soalan selepas pembentangan sekiranya tidak faham. Ini memastikan setiap peserta benar-benar memahami setiap subjek yang diajar
  • Jumlah peserta yang kecil, membolehkan kami memberikan tumpuan yang lebih kepada anda serta dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih berkesan. 
  • Yuran yang minimum dan diskaun bagi “early bird”, suri rumahtangga, ibu tunggal, pelajar dan secara berkumpulan.
  • Model disediakan bagi memudahkan peserta memahami cara-cara mengambil gambar dengan pelbagai aksi dan teknik.
  • Minuman dan makanan hebat disediakan
  • Nota cetakan berwarna yang ringkas tapi padat dengan ilmu disediakan
  • Anda akan didedahkan dengan teknik-teknik yang tidak pernah kami ajarkan sebelum ini iaitu “lively, natural, artistic, candid dan detailed”.
  • Teknik dan cara penyampaian lebih flexible serta mudah difahami.
  • Bukan itu sahaja, kami akan membawa anda secara “live” mengambil gambar di luar seperti di air terjun, sungai, laut, gunung, hutan, tasik, bandar, tepi jalan raya, waktu siang dan malam (bergantung kepada topik kursus) supaya setiap peserta dapat memahami lebih mendalam lagi.

Sebahagian gambar-gambar yang pernah dirakamkan oleh Eddie. Eddie PhotoVideo adalah jurugambar dan juruvideo rasmi bagi majlis tersebut dibawah ini.

Potrait Almarhum Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman dalam kenangan, Eddie adalah jurugambar rasmi bagi perpisahan Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan Dato Dr. Rosnah bersama Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan di Istana Hinggap Seremban Negeri Sembilan pada 26hb Disember 2006
Majlis perasmian Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Highlands oleh DYMM Sultan Haji Ahmad Shah serta majlis keputeraan baginda. Sultan Haji Ahmad Shah mengucapkan tahniah dan bersalaman bersama Eddie. Eddie adalah jurugambar rasmi pada kedua-dua majlis tersebut.

Klik di sini untuk melihat gambar-gambar VVIP dan majlis di raja yang lain

Kursus Fotografi Akademi PhotoVideo 

Seperti biasa kursus yang kami anjurkan mempunyai cabaran tertentu dimana kesemua peserta 100% akan diajar bermain dengan manual terutamanya pada speed, aperture, white balance, ISO dan pelbagai. Kami akan mengajar anda bagaimana hendak mengambil gambar potrait, bangunan, pemandangan siang, potrait malam, silhoutte, panning, gambar senja, pemandangan malam, light painting dan pelbagai. Anda juga akan diajar menggunakan cahaya sekeliling tanpa menggunakan flash, cara penggunaan flash dan creative light system serta wireless system. Bagaimana mengambil gambar bersama dengan air yang mengalir dan aliran air yang menarik. 

Kami juga menyediakan kursus suntingan dan merekacipta album. Kursus menekankan pemilihan gambar yang sesuai, menyusun, menyunting, merekacipta dan pelbagai dengan kaedah cepat serta pantas. Apa yang anda perlu dan tidak perlu buat semasa proses membuat album gambar. Semua peserta mendapat garis panduan membuat album secara percuma. 

Peserta kursus diberikan penekanan kepada pengunaan flash dan kamera serta teknik dan sudut cahaya. Teknik seni pada sesuatu gambar dan pengolahan. Penggunaan kamera pada sebelah malam terutamanya penggunaan cahaya dan tanpa cahaya serta kelajuan. Terdapat satu sesi “Photo Critic/Comment”. Dimana para peserta dapat mengetahui secara terus apakah kelemahan dan kekurangan gambar yang diambil semasa latihan praktikal di siang hari. Dari itu peserta dapat memperbaiki sebelum latihan amali yang kedua dijalankan pada keesokannya. 

Selain dari itu Eddie akan mendedahkan dan berkongsi pengalaman beliau bersama anda, bagaimana beliau memulakan perniagaan 8 tahun yang lepas bermodalkan Nikon D70 sahaja serta sanggup berhenti kerja sebagai Pengurus Teknikal di syarikat telekomunikasi terkenal pada bulan Februari 2006. Beliau mempunyai kelulusan BEng (Hons) Electrical & Electronics dari UK dan MBA. Kini beliau menumpukan 100% dalam bidang perniagaan PhotoVideo. Sehingga kini, beliau mempunyai 10 orang team/pekerja dan mempunyai peralatan yang lengkap bawah satu bumbung dengan menggunakan modal sendiri. Kesemuanya akan terjawab sekiranya anda mengikuti kursus beliau.

APA YANG ANDA PERLU BAWA :

  1. Pakaian serta kelengkapan semasa berlangsungnya kursus
  2. Boleh bawa pakaian basahan untuk kegunaan di sungai / air terjun sekiranya perlu
  3. Selipar
  4. Tuala mandi
  5. Kamera DSLR
  6. Speedlight atau flash
  7. Tripod
  8. Flash diffuser sekiranya ada
  9. Lampu suluh
  10. Laptop sekiranya ada dan diwajibkan bagi kursus editing
  11. Setiap peserta diwajibkan membawa sekurang-kurangnya 5 keping gambar tanpa editing yang terbaik yang pernah diambil dalam cetakan dalam saiz 5R.

* Peserta kursus editing + design album diwajibkan membawa laptop, perisian photoshop anda sendiri kerana masa serta jadual yang padat.

Teknik, Teori Dan Praktikal Waktu Siang, Senja Dan Malam. Pelajari Teknik Fotografi, Cahaya Dan Kelajuan

Teknik kelajuan tinggi
Teknik kelajuan rendah, bagi menampakan cahaya lampu berbentuk bintang serta lampu kereta di atas jalanraya gambar diambil dari jambatan South Bank, Brisbane, Australia semasa kursus fotografi Australia
Teknik kawalan kelajuan, aparture, white balance bagi menaikan objek “Gambar diambil semasa kursus fotografi di Golden Gate Bulsan, Korea Selatan * Kesemua gambar di atas adalah gambar asal daripada kamera dan tiada suntingan dibuat. Kami mengajar anda teknik mengambil gambar yang betul dan tanpa memerlukan suntingan.

Klik di sini untuk melihat teknik serta gambar yang lain