Sukatan Pembelajaran

Kami menekankan secara terperinci setiap topik yang diajar sambil anda mengaplikasikan apa yang diajar secara terus pada kamera bagi setiap subjek. Ianya tidak diajar dalam mana-mana buku ataupun dalam forum mahupun di internet.

Kursus Asas Fotografi + Lanjutan

Isi kandungan pembelajaran secara keseluruhannya merangkumi :

Kamera

  1. Komposisi Asas
  2. Penggunaan ISO
  3. Eksposure “dedahan”
  4. Aperture
  5. Kelajuan Shutter
  6. Jenis Dedahan
  7. Metering
  8. Fokus dan mod fokus
  9. White Balance
  10. Warna

Lensa

  1. Focal Length
  2. Jenis-jenis Lensa
  3. Penapis
  4. Fokus

Fakta Penting Semasa Mengambil Gambar

  1. Mengawal komposisi
  2. Depth of Field
  3. Perspective
  4. Mengawal Eksposure
  5. Cahaya
  6. Seni Lihat
  7. Sudut Pandangan
  8. Rule of Third
  9. Sunny 16
  10. Panning
  11. Kualiti imej (RAW, JPEG)
  12. Penggunaan cahaya (flash, reflector, natural light)
  • Portrait Fotografi
  • Fotografi Sukan
  • Kandid
  • Photojournalism
  • Indoor and Outdoor
  • Protokol dan adat
  • Teknik mengambil gambar korporat, berkumpulan, aksi, VVIP serta Sultan/Raja
  • Apa yang perlu dan tidak perlu anda lakukan
  • Komunikasi dengan pelanggan atau “public relation”
  • Asah mata
  • Bagaimana nak memulakan kerjaya sebagai jurugambar
  • Harga anda

Latihan amali :

Photojournalism, sunny 16, portrait, scenery, panning, light trail, light painting, night shot, slow and high speed, macro dan pelbagai.

Teknik Eddie PhotoVideo dimana para peserta akan diajar sama seperti team Eddie PhotoVideo melakukan latihan sebelum ianya diserapkan sebagai jurugambar EPV. Kesemua team EPV dicungkil bakatnya semasa di dalam kelas APV. Anda akan diajar bagaimana menggayakan model untuk menampakkan gambar lebih hidup, semulajadi, seni, terperinci dan kandid “Lively, natural, candid, artistic, and detailed.”

Dan pelbagai topik yang hangat diperkatakan

  • Kami meminta setiap peserta dapat memberikan 5 keping gambar bercetak bersaiz 5R sebelum bermulanya kelas supaya kami dapat melihat gambar yang diambil sebelum dan selepas kursus.

    Pendaftaran berrmula pada waktu pagi dan seterusnya sesi teori beserta praktikal dan foto kritik sehinggalah ke tengah malam. Anda akan didedahkan kepada photojournalism, portrait, scenery, panning, light trail, light painting, sunny 16, macro dan pelbagai. Kesemua peserta disediakan kemudahan yang selesa bagi membolehkan anda belajar dengan tenang. Penginapan disediakan diatas permintaan.

    Keesokan pagi selepas sarapan para peserta akan didedahkan latihan mengambil gambar portrait, scenery serta mempelajari mengenai sudut, asah mata dan, soal jawab. Selepas makan tengahari para peserta hendaklah memilih gambar terbaik yang diambil sepanjang tugasan dan praktikal dan dibentangkan serta mengulas setiap gambar yang diambil.Soal jawab dan photo kritik juga akan dilakukan. kemudian tugasan malam kedua akan diteruskan sehingga jam 11 malam.

    Keesokannya pada hari ketiga, kursus lanjutan dimana selepas sarapan tugasan terakhir akan diberikan tetapi secara berkumpulan. Selepas makan tengahari anda akan diajar teknik panning. Kemudian pembentangan atau ulasan gambar akan dilakukan sehinggalah anda diajar pengunaan speedlight dan flash. Topik terakhir iaitu gambar koprat dan graduation akan dilakukan sebelum tamat. Jadual yang padat sehingga 3 hari 3 malam memberikan anda bermesra dengan kamera anda sepenuh masa sehinggalah anda dapat mengendalikannya dengan mudah.