Terma Dan Syarat “Tag Along”

Setiap bekas peserta APV boleh mengikut “tag along” dan mempelajari dari kami secara terus semasa kami melakukan kerja-kerja mengambil gambar samada perkahwinan, koprat, majlis diraja, harijadi atau pelbagai majlis. Kami akan memberitahu didalam forum atau memberitahu secara lisan untuk “tag along” kepada bekas pelajar APV. Dari situ bekas peserta dapat membiasakan diri dengan suasana sebenar sesuatu majlis dan mempelajari pelbagai teknik ketika majlis dijalankan. Walaubagaimanapun terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi sebelum tag along atau mengikut dan mempelajari dari kami semasa pada hari yang disebutkan. Begitu juga dengan orang yang bertanggungjawab yang telah diupah oleh kami dari EPV dan APV untuk mengambil gambar/video serta membuat kerja2 editing.

  1. Setiap peserta dan orang yang ditugaskan/diupah hendaklah berpakaian kemas dan sopan.
  2. Anda yang dipilih samada tag along atau diupah akan mewakili APV dan EPV serta pastikan anda tidak menganggu dan memberikan laluan utama kepada jurugambar atau juruvideo utama melakukan kerja dahulu.
  3. Gambar yang diambil peserta dan orang yang ditugaskan/diupah adalah hak milik EPV dan APV. EPV dan APV berhak menggunakan gambar atau video tersebut. Anda tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan, mempamerkan, menjual, mencetak, menayangkan dan pelbagai maksud yang boleh mendatangkan komplikasi dan salah faham melainkan anda mendapat kebenaran bertulis dari kami. Walaubagaimanapun kelonggaran diberikan sekiranya anda menggunakannya di facebook,photobucket, flickr dan website third party tetapi hendaklah menulis credit kepada EPV dan APV. Anda boleh hantar atau postkan ke dalam mana-mana forum bagi tujuan pembelajaran tanpa meminta kebenaran dari kami. Tidak dibenarkan atau digunakan sama sekali di website atau blog persendirian bagi tujuan promosi, jualan, perkhidmatan dan pelbagai yang berkaitan.
  4. Sekiranya berlaku kami akan memberi teguran dan amaran untuk mengeluarkan gambar-gambar tersebut. Tindakan susulan akan diambil sekiranya engkar dengan teguran kami.