TAHNIAH

Tahniah kepada bekas peserta APV Korea Selatan Mohammad Najib Omar kerana mendapat tempat kedua pertandingan FLiK & UTS Family Photo Essay Contest di Korea Selatan. FLiK = Foreign Life In Korea.

Akhirnya berkat usaha saudara Najib menambah ilmu didada bersama APV Korea Selatan pada 11hb April 2009 telah membawa pengertian besar kepada beliau kerana telah diiktiraf sebagai pemenang kedua bagi FLiK International. Pemenang pertama ialah jurugambar professional dari Ukraine Mr. Oleksandr.

Saudara Najib dapat mengalahkan beratus jurugambar yang lain dengan persaingan yang amat sengit. Akhirnya beliau dinobatkan sebagai pemenang kedua. Kami di APV dan EPV amat berbangga dengan beliau kerana beliau mendapat ilmu yang dicurahkan semasa kami berada di Korea Selatan. Paling berharga ialah bekas peserta APV telah menunjukan bukti kepada masyarakat dunia dan antarabangsa bahawa MALAYSIA BOLEH DAN APV BOLEH!!!

Mohamad Najib Omar bersama peserta dan jurulatih APV Korea di Busan, Korea Selatan