Terma Dan Syarat

1. Deposit tempahan tidak akan dikembalikakan, tetapi peserta boleh mencari peserta lain bagi menggantikan tempahan yang telah dibuat. Sekiranya tiada pengganti, peserta tersebut boleh mengikuti kelas yang akan datang dimana kursus akan datang hendaklah tidak lebih dari 3 bulan selepas kursus yang pertama anda daftar. Penganjur akan memotong RM150 sehari mengikut jumlah hari kursus yang akan dijalankan sebagai bayaran kos kecuali anda dapat menggantikan kepada peserta lain.

2. Penyertaan di kira “CONFIRM” setelah bayaran deposit dilakukan. Untuk promosi atau diskaun ‘early bird’ atau terawal jumlah bayaran penuh selepas diskaun hendaklah dibayar sebelum atau pada tarikh yang ditetapkan. Diskaun hanya sah untuk persendirian, pelajar sepenuh masa, ibu tunggal, OKU dan pesara.

3. Penganjur sedaya upaya melaksanakan segala yang telah dirancang, walaubagaimanapun penganjur berhak untuk mengubah atau meminda bagi menyesuaikan kualiti kursus yang difikirkan wajar. Penganjur berhak untuk menunda atau membatalkan kursus bagi sebarang kemungkinan yang tidak dapat dielakkan dari 100% deposit akan dipulangkan. Minimum peserta berdaftar yang akan menghadiri kursus hendaklah sekurang-kurangnya 5 peserta dan maksimum seramai 12 peserta bagi satu sesi pembelajaran di APV Studio. Sekiranya kurang pihak penganjur berhak meminda tarikh kursus tersebut kepada tarikh yang lain. Sekiranya sambutan yang baik melebihi 12 orang ke atas pihak penganjur akan menukarkan lokasi pembelajaran samada di dewan, hotel atau resort yang sesuai dan berdekatan.